Friday, 2 December 2011

Sejarah Penubuhan PKA UiTM Dungun..=)

Pada tahun 2005, sekumpulan pensyarah yang prihatin tentang pelajar yang mempunyai masalah akademik telah menubuhkan satu program yang dinamakan Program Bantu Belajar (PBB), yang mana pelajar-pelajar yang repeat paper utk sesuatu subjek akan diadakan 1 kelas khas di mana rakan-rakan sendiri yang akan mengajar mereka. Namun program ini tidak mencapai matlamatnya kerana pelajar-pelajar tersebut enggan datang kerana terpaksa.
 
Bertitik-tolak daripada program tu, pensyarah-pensyarah tersebut bertindak mengumpulkan sekumpulan pelajar untuk bergabung dengan beberapa orang pensyarah bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Akademik (PKA), di mana konsep tersebut diambil daripada perlaksanaan universiti di luar negara. Maka tertubuhlah PKA sehingga hari ini. Sewaktu berbincang mengenai halatuju PKA, satu persoalan yang terlintas di benak fikiran pensyarah dan pelajar ialah mampukah PKA ini terus survive melihat kepada kegagalan program PBB dahulu. Satu gerak kerja dibuat untuk menubuhkan program tutor muda dan program mentor mentee sebagai langkah percubaan.
 
Setelah itu, PKA dan Kelab Cerlang terus melangkah maju dalam membantu memperkasakan akademik pelajar-pelajar di UiTM Dungun. Program Tutor Muda mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan jauh melangkaui sasaran awal. Ramai pelajar-pelajar yang lemah datang secara sukarela untuk mendapatkan khidmat tutor yang disediakan. Sehingga, T.Rektor HEA dan Rektor Kampus kagum dengan apa yang dicapai oleh PKA.
 
Pada semester kedua penubuhan PKA, ianya terus mencipta nama dengan berjaya menganjurkan Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) buat kali pertama. Siapa sangka, PKA yang baru ditubuhkan berjaya menganjurkan acara yang besar di UiTM Dungun. Selain itu, PKA juga berjaya menganjurkan Program Tutoring Bukit Besi bagi membantu pelajar-pelajar di sana yg serba kekurangan. Impak program Tutor Muda juga semakin berkembang kerana makin ramai yang memilih PKA sbg jalan untuk membantu mereka
 
Tahun Kedua pula menyaksikan PKA berjaya membentuk jawatankuasa pelajar yang baru, selain itu, PKA juga berjaya menganjurkan program pemantapan P1 dan P2 selain membentuk pelapis-pelapis baru yang bukan sahaja menjadi anchor PKA, malah ada yang menjadi MPP bagi UiTM Dungun. Pada waktu itu, impak ahli-ahli Kelab Cerlang dan PKA sangat kuat sehingga ramai yang menjadi tulang belakang UiTM. Program motivasi sekolah-sekolah juga berjaya dilaksanakan dan juga program English Week. MAKA juga menjadi event rasmi PKA di mana setiap kali penganjuran pelbagai bentuk, kaedah dan cara baru dibuat untuk menambah seri dan gemilang malam tersebut.
Tidak lupa juga tahun-tahun berikutnya, PKA terus menaikkan namanya setaraf dengan kelab-kelab dan juga pusat-pusat lain yang telah wujud di UiTM Dungun. Pelbagai anugerah telah dicapai, ramai nama-nama besar dilahirkan, dan ramai juga alumni PKA yang kembali menjadi pensyarah semula di UiTM Dungun. Terlalu banyak yang telah PKA buat bagi mengembangkan lagi fungsinya di UiTM Dungun. Walaupun hanya berlegar di sekitar tema "Program Akademik", impaknya cukup besar.. Program-program baru direka untuk melihatkan PKA tidak terlalu fokus kepada akademik semata mata.
Kini,PKA terus memperjuangkan moto mereka iaitu "WE CARE AND WE SHARE EXCELLENCE" dan terus membantu pelajar-pelajar UiTM Dungun yang lemah dari segi pelajaran dengan menggunakan khidmat Tutor Muda.Semoga PKA akan terus mengekalkan kegemilangannya demi pelajar UiTM Dungun...INSYALLAH....

1 comment:

  1. Alhamdulillah, moga PKA terus cemerlang dan para pelajar teruskan perjuangan yang telah diusahakan oleh kami dahulu

    ReplyDelete